=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

My First PAVLOVA..Huhuhuhu...

By 4:30 PM

Huhu..akhirnya cubaan pertama mama menjadi jugak..asik beli ngan orang jer..mlm ni sms esok pick up..:) Hari ini cekalkan hati buat sendiri ini PAVLOVA..sambil ditemani tuan puteri mama Ellya, tapi kena tidurkan baby Qasyah dulu supaya tidak lah hancur dapur mama dikerjakan beliau..
Inilah dia meringue sedia utk dibakar..bakar selama 1 jam 15 minit suhu antara 120 - 110 darjah celsius..
Sambil tunggu dibakar, mama & Ellya potong ini buah2 utk hias atas pavlova..Letak strawberry, kiwi & anggur hitam, buah pic ada tapi lupa nak ambik potong..ngeh3..
Rupa meringue siap dibakar..nak tau pavlova dah masak, kulit luar garing dan lembut di dalamnya...Dapatlah 2 ketul..
Now tgh putar whipping creme nak letak atas pavlova nanti..putar lama gak dalam 10 min..pukul sampai gebu..
Ready utk di topengkan dengan whipping creme...
Last sekali hias ngan buah2an...
Okey dah siap..cantik kan!!! Sedap ker???..yang ni kena tanya Kak Nora sebab mama bagi sebijik sbb tau Enor suka makan pavlova...huhuhu..
Yang ni utk Kak Nora (Opismate mama)..semua bahan2 termasuk ngan bekas pavlova mama beli kat bandar KT..kedai bahan2 kek nama MEE SOYA...pelik nama dia kan??...
Lega sebab dah berjaya gak buat PAVLOVA ini..lenkali boleh la cuba buat kek2 lain plak..almaklum mama ni orang baru belajar tak tau nak buat kek bagai ni...
Ada kawan temankan mama buat PAVLOVA..mama terputar whipping byk so ada la tukang makan..huhu..
Sedaplah krim ini mama!!!

Meh la nak kasi resipi...

~ 4 biji telur (ambik putih telur jer)..
~1 @ 3/4 cawan gula kastor
~1 sudu besar tepung jagung
~1 sudu kecik cuka makan
~1 sudu kecik esen vanila

Bahan topping:
1 cawan whipping creme ( pilih jenama RICH'S non diary whipping creme tau )
 tak payah buh gula sbb dah sedia manis ini krim...

Bahan Hiasan:
Buah2an yang korang suka..jgn letak durian sebijik dah lah..
Mama pilih strawberry, kiwi, anggur hitam & pic..

You Might Also Like

4 love this entry