=:: RizEyna's Family ::=

........Coretan Untuk Ellya | Wafi & Qasyah........

Adam & Hawa | Layan Sampai Pengsan!!

By 8:40 AM


Orang dah puas bercerita baru terhegeh2 buat entry nih yer..jgnlah marah keteapi lambat..bukan apa nak story la sikit sbb jarang beno nk fokus baik punya depan tv dan ter'kemaruk nak menonton setiap episod cita ni.. ..drama melayu nih berhantu mcm cite cinaa kantonis jugak..kalu dh tgk 1st episod tuh mulala addicted..takkan miss punya walau 1 episod..huhuhu..

Alkisahnya, mama tgk ramai betol kengkawan dlm fb sibuk duk post melayan perasaan ngan drama ter'best' Adam & Hawa ini katanya lah....mama pom nk la tgk tang mana yg boleh buat semua manusia2 meleleh2 nih..huhu..

Ketika episod Adam & Hawa masuk 15 episod baru lah gigihnya mama mendonlot..nk tgk bersiri x mampu sbb Astro biasa je belum tuka ke Astro Beyond..mama biasalah mendonlot freely pakai torrent.jiwang..kalu korang pi tgk berlambak2 muvie hihi tak payah dah nk melanggan Astro 1st..aktiviti mendonlot torrent ini dh lama dah berkecimpung time study2 dulu lagih..

Korang jgn x tau mr papa dan tuan putri mama sorang tuh pom ngadap drama bersiri ini..bestlah ada teman nk gosip2..hihi..siap ellya kalu tgk aaron ajis siap mention Abang Am lagih..tu belum layan lagu Muara Hati..lentokk habis..

Gigih betol mama donlot Drama Adam & Hawa sampai 30 episod..pastuh marathon tgk ngan ellya dan papanya..bestt..sib baik donlot kejap jer sbb ramai beno tukang SEED..tq..nnt ah tolong SEEDkan balik!!..kerjasama gitu..

Dalam pada sibuk2 tu kan, ter'kebetulan' mama tukar ke Astro Beyond (ni selepas 5 kali diganggu gugat) so x kuasa dh mendnlot layan channel mustika HD 134 la setiap isnin hingga kamis pukul 10 malam..Astro ni kan memanggg..konon tuka beyond ++ 20 inggit jer..betul lah tuh..tgh2 kami syok ngn channel-II HD yg super sharp super cun boleh diorang offer tambah movie ngan kartoon ++ 3 inggit jer..so monthly bil kami..RM 132++.!!!pengsan tgk bil!!!


Jangan lupa tengok crita nih..mesti jatuh hati ngan abg aaron yang macho, Nadiya nisaa pom best berlakon, last sekali tgk crita cun..memang berbakat orgnya..
Babak masing2 ego lagi-II si Ain..tak dapat terima lagi huluran cinta dr Am..
Comel anak Nadiya Nisa ni kan, husband pom ensem patutlah jual mahal ngn aaron ajis..
aaron dan isteri
Azie, kawan pada Ain..minah kepoh + comel..memang comel la dia nih..x pernah plak tgk beliau dalam drama sebelum nih..
Watak eja sebagai adik pada Ain..pom comel..ramai betul pelakon baru..tapi ok lah x muak asik tgk pelakon sama + lama..lakonan meke2 semua boleh tahan hebatnya..
Johan sebagai org ketiga antara Ain dan Am..suka gak tgk dia sbb ensem..

Jom tgk sinopsis:
Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya

Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan

Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya

Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?
 
Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa. Menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)

Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)

Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid

You Might Also Like

2 love this entry